民主行动党新任秘书长陆兆福在脸书撰文

民主行动党新任秘书长陆兆福在脸书撰文写道,他领导党的方针将强调包容性与协商,党的一切重大决定和方向,将经过讨论,以协商达致共识的方式决定。陆兆福写道:“行动党的政治斗争将继续以宪法精神和规定为基础,捍卫来自不同背景的马来西亚人的利益和国家主权。”“我们知道,行动党的斗争还有很长的路要走,以及还有很大的发展空间。我们将尽最大努力,让人民相信我们的斗争是真诚的。”

他表明,他将会延续行动党的传统,给予党来自不同种族、宗教和性别背景的年轻人机会发挥,让他们以最大限度发挥领导才能,包括在选举上阵。他表示,自己明白秘书长一职是一项巨大的责任,他也将尽所能维护这职位的完整性及其可信度。“今天行动党来到第三代(3G),这个领导层包括我、署理主席哥宾星、副主席倪可敏、张念群、刘镇东、张健仁、东姑朱比里、西华古玛、黄思汉、黄瑞林和邱培栋。”

而第二代(2G)的领导人是林冠英、陈国伟、曹观友、古拉、郭素沁、方贵伦。事实上,选举中也有第四代(4G)的领袖,如沈志强、黄家和、杨巧双、黄书琪、卡斯杜丽、刘强燕、张聒翔和陈泓宾等。最后,他也感激代表对他委以重任,也感谢中委会一致委任他为秘书长,并写道“我感谢所有信任我的党员和支持者!”

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua perwakilan DAP yang telah memberikan mandat kepada saya untuk terus berada dalam kepimpinan tertinggi parti.Seterusnya, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang telah melantik saya secara sebulat suara sebagai Ketua Parti selaku Setiausaha Agung DAP.Dalam sistem pemilihan DAP, jawatan Setiausaha Agung merupakan “first among the equals” yang membawa maksud bahawa jawatan tersebut adalah kuasa ekskutif tertinggi dalam kepimpinan parti.

Pemilihan hari ini merupakan pembuka tirai era kepimpinan baharu dalam DAP yang rata-ratanya terdiri daripada generasi ketiga (3G) kepimpinan parti. Pimpinan 3G ini terdiri daripada saya, Gobind Singh, Nga Kor Ming, Liew Chin Tong, Chong Chieng Jen, Teo Nie Ching, Tengku Zul, Sivakumar, Ng Sze Han, Ng Sue Lim, Khoo Poay Tiong. Pimpinan generasi kedua (2G) DAP yang akan terus memberi sokongan kepada pimpinan baru ialah seperti Lim Guan Eng, Tan Kok Wai, Chow Kon Yeow, M. Kulasegaran, Teresa Kok dan Fong Kui Lun

Malah, Kongres hari ini juga telah memilih pemimpin generasi keempat (4G) dalam DAP seperti Steven Sim, Wong Kah Woh, Hannah Yeoh, Wong Shu Qi, Rara, Kasturi Patto, Alice Lau, Teo Kok Seong, Tan Hong Pin…Kami berharap kepimpinan 3G ini akan membentuk pasukan teras (core team) yang akan memimpin DAP untuk 10 tahun yang akan datang dan apabila sampai masanya, generasi seterusnya pula bersedia memikul tanggungjawab untuk memimpin perjuangan parti.Pendekatan kepimpinan (leadership approach) saya akan menekankan aspek inklusif dan konsensus. Segala keputusan penting dan hala tuju parti akan diputuskan melalui konsensus selepas perbincangan teliti dijalankan.

Perjuangan politik DAP pula akan terus berlandaskan kepada semangat dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kepentingan rakyat Malaysia daripada semua latarbelakang dan kedaulatan negara akan terus dipertahankan.Kami sedar bahawa perjuangan politik DAP masih ada jalan yang panjang dan ruang yang luas untuk diperkembangkan. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mendekati rakyat untuk menyakinkan mereka bahawa perjuangan kami adalah ikhlas.Aset yang paling penting dalam parti ialah bakat dan idealisme di kalangan ahli-ahli muda kita.

Selaku Setiausaha Agung, saya akan meneruskan tradisi parti untuk menyediakan peluang yang sebanyak mungkin untuk anak-anak muda dalam parti yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang kaum, agama dan gender untuk memaksimakan bakat kepimpinan mereka termasuk peluang untuk mewakili parti dalam pilihanraya.Saya amat sedar bahawa jawatan Setiausaha Agung DAP adalah satu tanggungjawab yang sangat besar. Saya akan memastikan segala usaha untuk menjaga integriti dan kredibiliti institusi jawatan ini dengan sebaik mungkin.Terima kasih kepada semua ahli dan penyokong DAP yang telah memberi kepercayaan kepada saya!Salam hormat, Anthony Loke. Setiausaha Agung DAP. 21 Mac 2022.